: : wahai Ism terindah bagi permulaan segala sesuatu : : dengan nama siapa harusku bermula selain-Mu : :

Wednesday, January 30

Manusia Mati Tinggalkan Nama

Dalam beberapa waktu kebelakangan ini banyak terdengar kisah kematian orang-orang yang dikenali ramai. Paling terkenal ialah majlis peringatan kesyahidan Imam Hussein a.s. pada 10 Muharram, hari Asyura. Setelah itu ada beberapa siri kematian yang berlaku di sekeliling kita.
Untuk saya kehilangan Sukiman amat terasa. Bagi rakyat Malaysia mungkin pemergian Megat Junid, Adlan Benan Omar, Loloq (Rosli Khamis) atau Dato' Ishak Baharom meninggalkan kesan tersendiri. Atau bagi rakyat Indonesia, ketiadaan Soeharto merupakan bintang yang sukar diganti. Apapun atau siapapun, mereka semua telah mendahului kita dengan meninggalkan nama di dalam bidang masing-masing. Sekarang tinggal iktibar untuk kita yang masih hidup.

Dalam salah satu khutbah Imam Ali a.s, beliau mengatakan, “Sesungguhnya kematian akan mengakhiri kenikmatanmu, merosakkan kesenanganmu dan memisahkan segala hasratmu. Kematian adalah tetamu tak diundang, lawan yang tak nampak dan pembunuh yang tak bertanggungjawab.

Talinya telah menjeratmu, kejahatannya telah mengelilingimu, mata panahnya telah menuju ke arahmu, amat menguasai, menindasmu terus-menerus dan tujuannya tak pernah tersasar.

Kamu akan segera digulung oleh gelap bayangannya, sakit tak terperi, kesulitan penuh suram, kepedihan janji-janji kosongnya, hancur dalam kesedihannya, terkongkong dibaluti kepekatannya…

Kelihatan seakan-akan ia telah datang kepadamu dengan mendadak, mengherdik mereka yang berbisik kepadamu, memisahkan kelompok, menghancurkan perbuatanmu, meruntuhkan rumahmu dan mengubah ahli waris untuk berkongsi hartamu di antara kaum kerabat, yang tidak memberi manfaat sedikitpun kepadamu, atau teman-teman yang bersedih namun tidak dapat melindungimu, atau musuh yang bersorak riang dengan ketiadaanmu.
Justeru, terserah kepadamu untuk berjuang dan berusaha melengkapi dirimu dengan bekal dari negeri tempat mengutip bekal ini (dunia). Namun jangan pula kehidupan dunia ini menipumu sebagaimana ia telah menipu orang-orang yang terdahulu dan orang-orang terkemudian...."

(Nahjul Balaghah, Khutbah 230)

Monday, January 28

Asyura

SUKIMAN HAMAT (1972-2008)

Bertepatan dengan Asyura 10 Muharram 1429 bersamaan 19 Januari 2008, SUKIMAN HAMAT, seorang aktivis yang gigih telah meninggal dunia. Dalam beberapa pertemuan sebelumnya, almarhum sering membacakan doa Allahumma mahya'i mahya muhammadin wa aali Muhammad wa mamaati mamaata Muhammadin wa aali Muhamammad. Seorang teman lain memberitahu, beliau juga pernah memohon jika nyawanya diambil, biarlah bersamaan hari kesyahidan Imam Hussein a.s - 10 Muharram! Mudah-mudahan Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diberikan syafaat oleh Rasulullah s.a.w dan keluarga baginda. AL-FATIHAH.
Catatan: “Saya hairan kepada orang yang melupakan kematian padahal dia selalu melihat orang mati.” (Imam Ali a.s, Nahjul Balaghah, Hikmah no. 126)

Demo


Ahli Parlimen Iran mengadakan demonstrasi membantah sekatan dan tekanan regim Israel ke atas penduduk Palestin. Demo ini diketuai oleh Dr. Haddad Adil, ketua Majlis Speaker Parlimen. Di Malaysia, MP belum demo dah kena tangkap klik. Dalam acara berasingan, Persatuan Doktor Republik Islam Iran juga turut mengadakan bantahan yang sama berikutan krisis kemanusiaan yang berlaku di sempadan Gaza. Turut kelihatan dalam foto (kanan) adalah saline-stand yang digantung dengan bendera Palestin.

Monday, January 14

Monday, January 7

Presiden Ahmadinejad menunaikan haji!

Wednesday, January 2

Balik Kampung


Balik kampung untuk sambut Eiduladha (27/12/07-01/01/08)...

..di hadapan toko kecil Nenek yang membesarkan saya...


..yang menjual oren asal Kelantan dan 'oren asli' Kelantan.

Inilah korban saya untuk Eiduladha..

..dan inilah pengorbanan Nenek.