: : wahai Ism terindah bagi permulaan segala sesuatu : : dengan nama siapa harusku bermula selain-Mu : :

Monday, January 28

Asyura

SUKIMAN HAMAT (1972-2008)

Bertepatan dengan Asyura 10 Muharram 1429 bersamaan 19 Januari 2008, SUKIMAN HAMAT, seorang aktivis yang gigih telah meninggal dunia. Dalam beberapa pertemuan sebelumnya, almarhum sering membacakan doa Allahumma mahya'i mahya muhammadin wa aali Muhammad wa mamaati mamaata Muhammadin wa aali Muhamammad. Seorang teman lain memberitahu, beliau juga pernah memohon jika nyawanya diambil, biarlah bersamaan hari kesyahidan Imam Hussein a.s - 10 Muharram! Mudah-mudahan Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diberikan syafaat oleh Rasulullah s.a.w dan keluarga baginda. AL-FATIHAH.
Catatan: “Saya hairan kepada orang yang melupakan kematian padahal dia selalu melihat orang mati.” (Imam Ali a.s, Nahjul Balaghah, Hikmah no. 126)

1 comment:

Anonymous said...

salam....
saya merasa betul2 terharu dan terperanjat di atas kematiannya....apatah lagi kematiannya poda asyura bulan kesedihan.....
sepanjang saya mengenali beliau , belaiu seorang yang baik dan tidak suka mengecilkan hati orang lain....
cuma seingat saya, dia membeli kuih yang banyak semasa saya menjumpai beliau di bangi....
saya tidak tahu rupa2nya itu adalah pertemuan terakhir saya bersamanya....

ya Allah, rahmatilah encik Sukiman!