Sejarah moden manusia telah menyaksikan sebahagian umat Islam dan kelompok mustad’afin di pelbagai penjuru dunia telah ditindas dan dijajah oleh para penguasa dan kolonial yang keji. Kemanusiaan di Afrika telah dirampas, kebebasan di India telah diperkosa, kesatuan negara-negara Arab telah dipecahkan dan suara hati rakyat Amerika Selatan dibungkam sepenuhnya. Hak dan keadilan mereka terus-menerus dinafikan.
Namun penentangan dan aksi perlawanan menentang kezaliman dan penindasan tidak pernah terhenti. Di mana-mana mereka bangkit dengan semangat “daripada hidup bergelumang kehinaan lebih baik berkubur bergalang tanah”. Begitu juga dengan perjuangan kaum muslimin. Ketika salah satu kuasa besar umat Islam iaitu Mesir tersungkur di meja damai Camp David di kaki Zionis yang ditaja oleh Amerika Syarikat, kebangkitan diteruskan sehingga Revolusi Islam yang dilancarkan oleh Imam Khomeini (q.s) di Teluk Parsi mencapai kemenangan.
Kejayaan ini merebak menjadi momentum yang menaikkan bara perjuangan umat. Di mana-mana, umat Islam kembali terbakar dengan api revolusi. Terpukul dengan kekalahan yang memalukan, kuasa besar Amerika, Zionis dan sekutu mereka – termasuk yang berjubah keIslaman – mula menabuh propaganda sentimen mazhab dan fitnah. Revolusi Islam ini menjawab bahawa ini adalah milik semua kaum tertindas; di penjuru manapun mereka berada.
Sebaik sahaja menubuhkan Republik Islam Iran, Imam Khomeini (q.s) lantas mengisytiharkan bahawa hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan adalah Hari al-Quds Sedunia. Dalam deklarasi bersejarah pada 7 Ogos 1979 itu, al-Marhum Imam (q.s) berkata,
“Hari al-Quds bukan sekadar masalah Palestin. Hari al-Quds adalah hari sedunia. Hari di mana seluruh kaum tertindas bangkit menentang penguasa zalim. Hari al-Quds adalah hari Islam, hari di mana kekuatan dan keadilan Islam perlu diperjuangkan. Hari ini, umat Islam perlu menyedari kekuatan yang mereka miliki. Mengapa umat ini harus takut sedangkan jumlah mereka adalah satu bilion, di tangan mereka kekayaan ekonomi dan kekuatan rohani. Allah tetap bersama umat ini selama mereka meletakkan keimanan dalam hati mereka. Hari al-Quds adalah hari dunia Islam.”
Tujuan al-Marhum Imam dua; (1) Menyambut Hari al-Quds Sedunia untuk melestarikan persoalan Palestin agar sentiasa segar menjadi agenda umat Islam dalam menghadapi makar Zionis dan (2) Menyedarkan negara-negara umat Islam agar memuliakan Islam dengan tidak menjadi sekutu Amerika dan Zionis.
Sejak itu, seruan ini telah membakar semangat jutaan kaum tertindas untuk meneriakkan suara kebebasan ke telinga mustakbirin. Mereka bangun menyatakan perasaan dengan demonstrasi, tulisan dan segala bentuk penentangan agar mata dunia melihat bahawa umat yang tertindas ini mempunyai kekuatan dan semangat.
Dalam ucapan Presiden Ahmadinejad, beliau berkata, “Hari Quds Sedunia adalah hari untuk mengembangkan budaya kesucian dan keadilan. Ia milik kemanusiaan dan jendela bagi kebebasan manusia. Regim Zionis tumbuh di atas penderitaan rakyat Palestin dan Hari Quds Sedunia hadir untuk memberikan mustad’afin ini ruang pembelaan.”
Dan seperti kata Hans Ucko, pegawai tinggi Majlis Gereja Sedunia, “Setiap tahun Hari Quds Sedunia mengingatkan bahawa kita perlu berusaha lebih untuk keamanan.”
Sejauh ini, apakah yang sudah kita lakukan?

No comments:
Post a Comment