: : wahai Ism terindah bagi permulaan segala sesuatu : : dengan nama siapa harusku bermula selain-Mu : :

Thursday, June 11

Guru Quran Obama

“Dua minggu sebelum memberi ucapan di Universiti Kaherah pada 4 Jun 2009, Presiden Obama meminta saya menambah beberapa petikan ayat al-Quran sebagai sebahagian daripada teks ucapannya.” kata Dalia Mujahid kepada wartawan Syarq Aswath.
 
Dalia Mujahid rakyat Amerika berketurunan Mesir merupakan salah seorang daripada 25 penasihat Obama. Dia yang pernah bekerja sebagai penyelidik kanan bagi US Gallup Center for Muslim Studies berkata, ini adalah suatu beban yang sensitif iaitu menyuarakan pandangan 1 bilion umat Islam di White House.
“Saya mengambil intipati Surah al-Maidah ayah 32 ‘…bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya..’ dan Surah al-Hujurat ayat 13, ‘..Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).’
“Saya sampaikan kepada presiden bahawa Islam sangat memusuhi pertumpahan darah, kebejatan akhlak dan masalah sosial. Menjauhi diri dari agama akan meruntuhkan jatidiri seluruh manusia – sama ada kulit hitam atau putih. Saya juga berpesan kepada beliau agar tidak berucap mengenai perkara-perkara yang boleh memecah-belahkan persatuan umat Islam.”
(Sumber: Tabnak)

No comments: