MASYHAD, 29 Julai – Seramai 154 orang daripada banduan Penjara Khurasan Razavi telah berjaya menghafal beberapa surah al-Quran. Thursday, July 30
Banduan Hafal al-Quran
MASYHAD, 29 Julai – Seramai 154 orang daripada banduan Penjara Khurasan Razavi telah berjaya menghafal beberapa surah al-Quran. Thursday, July 16
Riwayat Paku
Seorang anak muda sering melakukan kesalahan dan dosa. Tidak pernah diendahkan walaupun puas si ayah menasihati, ibarat mencurah air ke daun keladi. Thursday, June 11
Guru Quran Obama
“Dua minggu sebelum memberi ucapan di Universiti Kaherah pada 4 Jun 2009, Presiden Obama meminta saya menambah beberapa petikan ayat al-Quran sebagai sebahagian daripada teks ucapannya.” kata Dalia Mujahid kepada wartawan Syarq Aswath.Dalia Mujahid rakyat Amerika berketurunan Mesir merupakan salah seorang daripada 25 penasihat Obama. Dia yang pernah bekerja sebagai penyelidik kanan bagi US Gallup Center for Muslim Studies berkata, ini adalah suatu beban yang sensitif iaitu menyuarakan pandangan 1 bilion umat Islam di White House.
Monday, June 8
The Imam (Sept 24, 1902 - June 3, 1989)
The result of the Ummah's drift from the Prophetic model was seen in the stunning defeat of Muslim armies in the Middle East in June 1967 and in East Pakistan in December 1971. Muslims' illusions of nationalism lay shattered with the burnt-out shells of tanks in the Sinai Peninsula and the paddy fields of what is today called Bangladesh. No matter what excuses are advanced for these disasters - the lack of weaponry or international support and so on - the fact remains that Muslim armies fighting under the banner of nationalism were not only defeated but humiliated. The Muslim world lay in disarray because it had rebelled against the commands of Allah.
(The Imam of the Ummah who Restored Muslims’ Hope and Pride – Zafar Bangash, Director of ICIT)
Monday, May 18
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiun
Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raajiun. Hadrat Ayatullah al-Uzma Agha Sheikh Muhammad Taqi Bahjat dilahirkan pada akhir 1334 HQ di daerah Fuman, Gilan dari sebuah keluarga yang taat. Ayahnya bernama Mahmud Karbala’i, seorang pemuka agama di daerahnya. Ketika berusia 16 bulan, ibunya meninggal dunia. Mendapat didikan awal di daerah kelahirannya dan sehingga berusia 14 tahun melanjutkan pengajian ke Karbala dan Najaf di bawah asuhan sejumlah ulama terkenal seperti Sheikh Abul Qasim Khui, Sheikh Murtadha Taleqani, Agha Dhiya’ Iraqi, Sheikh Mirza Naini dan Sheikh Muhammad Gharawi Isfahani Kumpani.Selain itu Sheikh Agha Bahjat juga berguru dengan Sayyid Abul Qasim Isfahani dan Sheikh Muhammad Kazim Shirazi. Pengajian kitab Isyarat wa Tanbihat Ibnu Sina dan Asfar al-Arba’ah Mulla Sadra diperolehi daripada Sayyid Husein Badkubeh. Beliau juga berkesempatan menyusun sebuah kitab hadis berjudul Safinah al-Bihar bersama Sheikh Abbas Qummi. Dalam usia yang masih remaja iaitu sekitar 17 atau 18 tahun beliau telah berkesempatan bertemu dan menjadi murid Allamah Sayyid Ali Qadhi*, seorang mursyid yang terkenal.
Setelah itu beliau kembali ke kota Qum dan terus menimba ilmu daripada Sayyid Hujjat Kuhkamari dan Sayyid Husein Burujerdi.
Sheikh Bahjat mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Imam Khomeini. Beberapa masalah penting dirujuk langsung kepada beliau. Allamah Tabatabaie menyebut Sheikh Bahjat sebagai ‘abd saleh’ manakala Ayatullah Bahauddini menyatakan, “Manusia yang paling kaya (dari sisi maknawi) sekarang ini adalah Sheikh Bahjat.”
Sayyid Abdul Karim Kashmiri dan Sheikh Abbas Quchani (murid khusus Allamah Sayyid Ali Qadhi) menyebut Sheikh Bahjat adalah insan kamil.
Dengan usianya yang panjang dan penuh berkah, beliau telah berhasil melahirkan sejumlah ulama besar dan para arif. Semalam, dunia telah kehilangan beliau. al-Fatihah.
* "Bismillah.." di atas adalah tulisan tangan Sayyid Ali Qadhi.



