: : wahai Ism terindah bagi permulaan segala sesuatu : : dengan nama siapa harusku bermula selain-Mu : :

Monday, May 31

Mulla Sadra

Barangkali sejak 400 ratus tahun kebelakangan ini, Mulla Sadra adalah nama yang tersohor dalam dunia falsafah Islam. Mulla Sadra atau nama aslinya Sadr ad-Din Muhammad al-Shirazi lahir sekitar 1571 Masihi di Shiraz, Iran. Beliau mengembara ke Qazwin, Isfahan dan beberapa belahan daerah lain untuk menimba ilmu – terutama dalam falsafah dan teologi. Antara guru-gurunya ialah Mir Damad, Syeikh Baha’uddin Amili, Syeikh Baha’ie dan lain-lain.

Penguasaan ilmunya meliputi tafsir, falsafah, kalam, irfan, hadis dan pelbagai disiplin yang tertuang dalam hampir 40 buah karya, termasuk magnum opusnya,
al-Hikmah al-Muta'aliyah fi'l-Asfar al-'Aqliyya al-Arba'a. Kitab 9 jilid ini sarat dengan pelbagai gagasan falsafah yang mengahwinkan Peripatetik Ibnu Sina, Iluminasi Suhrawardi, tasawuf Ibnu Arabi dan pemikiran cemerlang beliau sendiri.

Henry Corbin menukilkan, “Sadra adalah orang yang berjaya menapak di puncak falsafah Islam.”

Tidak hanya seorang pemikir, beliau juga adalah peribadi yang bertaqwa, melangkah demi keredhaan Allah, zuhud, qanaah dan ahli ibadah.

Failasuf besar ini menunaikan haji dengan berjalan kaki sebanyak tujuh kali. Dalam perjalanan pulang dari hajinya yang terakhir tahun 1509H, di sekitar kota Basrah, Mulla Sadra meninggal dunia.

Monday, May 10

Kisah Pohon Epal

Alkisah satu masa dahulu terdapat sepohon pokok epal yang besar. Setiap hari seorang anak kecil pergi ke pohon tersebut untuk bermain. Dahannya dipanjat, buahnya dimakan dan kadang-kala berteduh di bawah bayangannya. Dia mengasihi pokok itu dan pokok itu menyayanginya. Sekian masa berlalu, anak itu tidak lagi bermain bersama pokok epal. Suatu hari dia kembali dan kelihatan sugul.
Marilah bermain lagi bersamaku,” kata pohon epal.
Maaflah. Aku bukan anak kecil lagi untuk bermain dengan pokok,” balas anak itu. “Aku perlukan mainan dan duit untuk membelinya.”
Maafkan aku. Aku tidak punya wang. Jika kau mahu, petiklah buah epalku ini dan jual. Nanti kau akan dapat wang.”
Anak itu sungguh teruja. Dia memetik banyak buah epal dan berlalu dengan gembira. Setelah itu dia tidak pernah muncul lagi. Pohon epal merasa sedih.


Suatu hari anak kecil itu datang lagi. Tetapi dia sudah menjadi seorang lelaki dewasa.
Pokok epal sangat gembira dan berkata, “Marilah bermain bersamaku.”
Lelaki itu menjawab, “Oh, aku tidak punya masa lagi untuk bermain. Aku sudah punya keluarga. Keluargaku memerlukan rumah untuk berlindung. Bolehkah kau membantu?”
Maafkan aku. Aku juga tidak punya rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku untuk membina rumahmu,” kata pokok epal.
Lelaki itu terus mengambil kapak, memotong dahan-dahannya dan berlalu dengan senang hati. Pokok epal juga gembira. Namun lelaki itu tidak pernah muncul lagi. Pokok epal kembali sunyi dan bersedih.

Suatu hari di musim panas, lelaki itu datang lagi dan pokok epal sangat gembira.
Marilah bermain lagi denganku,” kata pokok epal dengan penuh harapan.
Aku sudah semakin tua. Aku memerlukan perahu untuk belayar dan menenangkan fikiran. Bolehkah kamu memberikan aku sebuah perahu?” tanya lelaki itu.
Ambillah batangku ini dan jadikan ia perahu. Belayar kamu dengan gembira,” kata pokok epal tanpa ragu-ragu.
Tanpa ragu-ragu juga lelaki tersebut memotong pokok epal dan menjadikannya perahu. Setelah itu dia belayar dan tidak pernah muncul-muncul lagi.

Suatu hari lelaki itu datang lagi. Pokok epal berkata, “Maafkan aku. Aku sudah tidak punya apapun untukmu. Aku tidak punya buah untuk dimakan.”
Aku juga sudah tidak punya gigi untuk mengunyah.”
Aku sudah tidak punya dahan untuk dipanjat.”
Aku juga sudah tua untuk itu.”
Aku benar-benar tidak punya apa. Apa yang aku ada hanyalah akar reput menanti maut,” kata pokok epal kesedihan.
Aku juga tidak memerlukan apa-apa lagi. Setelah tahun-tahun itu berlalu aku sudah keletihan. Aku hanya memerlukan sebuah tempat untuk berehat.”
Oh! Akar pokok tua adalah tempat paling sesuai untuk beristirehat. Marilah dan berbaringlah di sisiku.”
Lelaki tua itu duduk dan pokok epal sangat gembira. Dia menangis dan tersenyum.

Pesan Moral
Kisah ini adalah kisah kita semua. Pokok epal ibarat ibu bapa kita. Dari kecil kita bermain bersama mereka. Apabila kita besar kita meninggalkan mereka sambil sesekali menjenguk mereka apabila kita memerlukan sesuatu atau menghadapi masalah. No matter what, parents always be there and give everything they could. Just to make us happy. Mungkin kita fikir lelaki itu kejam terhadap pokok epal, tetapi begitulah kita ‘menghargai’ orang tua kita. Mereka sering kita abai dan sisih. Kita datang dan pergi tanpa pernah berterima kasih. Ya Allah! Ampunilah segala kesalahan kami terhadap kedua orang tua kami, bimbinglah kami untuk mengasihi mereka dan tempatkan mereka di sisi para kekasih-Mu, ya Allah. Selamat Hari Ibu!

(Diterjemah daripada: Dirahkt-e Sib va Pesar-e Bache)

Jangan Ubah Dunia

Ada seorang raja yang memerintah sebuah negeri yang makmur. Suatu hari, dia melakukan perjalanan ke beberapa wilayah dalam negerinya. Ketika dia kembali ke istananya, dia mengeluh kakinya yang sakit, kerana perjalanan itu merupakan pengalaman pertamanya. Tambahan pula jalan yang dilaluinya sangat teruk dan berbatu. Kemudian dia memerintahkan memanda menterinya untuk menutup setiap jalan di seluruh negeri itu dengan kulit.

Sudah tentu cadangan itu memerlukan ribuan kulit lembu, dan menelan belanja yang tinggi. Tiba-tiba salah seorang pelayannya yang bijak memberanikan diri untuk berkata kepada raja, “Kenapa Tuanku perlu membelanjakan sebegitu banyak wang? Kenapa Tuanku tidak memotong selembar kulit untuk menutup kaki Tuanku sahaja?”
Raja terkejut, tetapi pada akhirnya dia setuju dengan cadangan pelayannya untuk membuatkan “kasut” bagi dirinya.
Pesan Moral:
Pelajaran berharga tentang kehidupan yang dapat dipetik daripada kisah ini: Untuk jadikanlah dunia ini sebagai tempat menyenangkan, lebih baik kita mengubah diri kita, mengubah hati kita, dan tidak perlu mengubah dunia. (Sumber: 100 Moral Stories karya Akramulla Syed)

Monday, May 3

Kisah Hujung Minggu

Salam,

Aku jarang - atau mungkin tak pernah tulis pasal adik beradik. Ntah kerana keluarga kami - menurut adik aku - terdiri daripada anggota yang pelik2 atau memang aku jenis - menurut isteri aku - seorang yang introvert. Walhasil aku sendiri merasakan anggota keluarga adalah sejarah perjalanan hidup kita sendiri. Terhasil dari sulbi yang sama, lahir dari rahim yang sama, bersama membesar; bermain, menangis, ketawa dalam lingkungan yang sama. Boleh saja kita membenci tetapi keluarga itu adalah satu ikatan takdir yang tetap tersimpul bersama selamanya. Tak kira dari sisi pandang vertikal atau dari sudut renung horizontal. Kita boleh saja jadikan pertalian ini sebagai kenangan atau sebuah ikatan yang membangun hasrat masa depan yang lebih baik. Ok, itu mukaddimah.
Yang aku nak cerita ialah kisah hujung minggu aku. Sepatutnya aku balik kampung 2 minggu lepas untuk uruskan perkahwinan adik bongsu aku. Rancangnya nak adakan kenduri kat KL, tak jadi. So kitaorang pakat buat kat kampung. Awalnya aku ingat banyak menda yang dah setel, tetiba nenek call suruh balik gak. Minggu pertama anak aku yang no 3 demam, pastu tu pulak abang dia jatuh terseliuh kaki. Roadtax keta aku pun dah sebulan tak idupkan. Pastu tu pulak kena handle program aku kat Genting. Pastu pulak isteri aku ada kelas Sabtu Ahad. Pastu macam-macam lagi.
So, hari Jumaat lepas, kami nekad balik kampung. Urusan mesti diselesaikan, full stop. Takde pastu-pastu lagi dah. Rerupanya Jumaat tu masih banyak kerja. So Sabtu pagi kami gerak melalui plus highway. ding-dong2 pukul 3 petang sampai kampung. pukul 5 adik2 ngan abang aku pun sampai jugak dari kl.
malam rehat sikit. pagi ahad aku, abang aku, 2 orang adik aku, isteri aku, anak aku yang 2 bulan dan 1 1/2 tahun tu start operasi. pertama cari guest house untuk rombongan sebelah lelaki yang nak datang nanti. pusing sana sini, call sini sana jom bergembira mudah saja..booking satu banglo dan satu semi-D. yang lain2 reserve.
pastu cari set pelamin. part ni paling seksa. nak cari yang sebijik macam adik aku nak memang payah. dia google dalam internet, download gambar pastu nak suruh cari menda alah tu kat kelantan. singgah ayer lanas, bukit bunga, rantau panjang, pasir mas dan tanah merah. sampai orang tu kata, "adik awak ni taste tinggi ni. adik fasha sandha yang saya uruskan pun tak cam gini." hahahha. sorang tu pulak kata, "ni kalau kat kl baru ada nih..tu pun harganya mungkin dalam 20-30 ribu kot.." aduyai. last sekali, mungkin sebab dah nak jadi rezeki, dapat la satu kedai tu dengan harga bajet. ok la tuh. pastu cari set bilik tidur. syarat nak serba putih. satu hal lagi dah..
pastu cari kek pulak. ni pun satu hal jugak. kek fondant bunga meleleh warna light bulat dua tingkat dan halal. pusing sana sini jugak baru la dapat. masa tu dah dekat pukul 8 malam dah.
selesai semua, kami balik semula ke rumah. sampai jam 9 malam, mandi, packing barang2, terus bertolak semula ke kl dalam pukul 10.30 malam. tengah malam2 lalu hutan grik dengan anak2 yang masih kecil ditemani bulan mengambang dan sesekali lolongan anjing hutan, dengan badan yang keletihan. 12.30 sampai sungai perak. basuh muka sikit, sambung lagi perjalanan. pukul 3 pagi mata mula mengantuk. lelap setengah jam kat rnr ladang bikam. pastu jalan terus sampai kajang pukul 5 pagi.
tidur kejap, bangun mandi pergi ofis. minggu depan nak kena balik edar kad, jemput sedara mara, setelkan khemah, renovate rumah, wiring, jenis menu dll.
so, aku nak ceritakan yang kami adik beradik tengah berusaha mengungkapkan kasih sayang kepada adik kami yang bongsu tu. kasih yang betul-betul. bagi kami inilah amanah arwah ibu yang harus ditunaikan. ibu kami tidak pernah memahami hubungan vertikal mahupun horizontal, tetapi mengasihi kami seadanya. seperti ibu yang tidak pernah minta setiap kasih sayangnya dibalas, kami juga membantu adik kami sejujurnya. paling penting kami tidak menangis. atau sekurang-kurangnya - tidak hanya menangis.
dulu aku pernah berjanji dengan adik aku nak tulis pasal arwah ayah. ayah meninggal dalam usia relatif muda - 44 tahun. bagi aku satu-satunya pusaka arwah ayah ialah memberikan kami pengertian tentang makna kehilangan. kehilangan ayah menjadikan kami semua ayah-ayah yang sentiasa memikirkan antara satu sama lain. semua kami - setelah ketiadaan ayah - bekerja, berfikir dan bertindak seperti ketua sebuah keluarga. kami menjadi dewasa lebih cepat daripada usia kami. rata-rata kami faham sangat erti berdikari, semangat, perjuangan, pengorbanan dan makna kehilangan.
balik cerita kampung. banyak kerja2 yang belum selesai. aku doakan semoga kasih sayang kami adik-beradik tidak akan pernah pudar. atas nama kasih sayang, dan untuk generasi kami yang akan datang, kami tidak akan berhenti dan menangis kerana kami faham benar makna kehilangan.