: : wahai Ism terindah bagi permulaan segala sesuatu : : dengan nama siapa harusku bermula selain-Mu : :

Monday, May 3

Kisah Hujung Minggu

Salam,

Aku jarang - atau mungkin tak pernah tulis pasal adik beradik. Ntah kerana keluarga kami - menurut adik aku - terdiri daripada anggota yang pelik2 atau memang aku jenis - menurut isteri aku - seorang yang introvert. Walhasil aku sendiri merasakan anggota keluarga adalah sejarah perjalanan hidup kita sendiri. Terhasil dari sulbi yang sama, lahir dari rahim yang sama, bersama membesar; bermain, menangis, ketawa dalam lingkungan yang sama. Boleh saja kita membenci tetapi keluarga itu adalah satu ikatan takdir yang tetap tersimpul bersama selamanya. Tak kira dari sisi pandang vertikal atau dari sudut renung horizontal. Kita boleh saja jadikan pertalian ini sebagai kenangan atau sebuah ikatan yang membangun hasrat masa depan yang lebih baik. Ok, itu mukaddimah.
Yang aku nak cerita ialah kisah hujung minggu aku. Sepatutnya aku balik kampung 2 minggu lepas untuk uruskan perkahwinan adik bongsu aku. Rancangnya nak adakan kenduri kat KL, tak jadi. So kitaorang pakat buat kat kampung. Awalnya aku ingat banyak menda yang dah setel, tetiba nenek call suruh balik gak. Minggu pertama anak aku yang no 3 demam, pastu tu pulak abang dia jatuh terseliuh kaki. Roadtax keta aku pun dah sebulan tak idupkan. Pastu tu pulak kena handle program aku kat Genting. Pastu pulak isteri aku ada kelas Sabtu Ahad. Pastu macam-macam lagi.
So, hari Jumaat lepas, kami nekad balik kampung. Urusan mesti diselesaikan, full stop. Takde pastu-pastu lagi dah. Rerupanya Jumaat tu masih banyak kerja. So Sabtu pagi kami gerak melalui plus highway. ding-dong2 pukul 3 petang sampai kampung. pukul 5 adik2 ngan abang aku pun sampai jugak dari kl.
malam rehat sikit. pagi ahad aku, abang aku, 2 orang adik aku, isteri aku, anak aku yang 2 bulan dan 1 1/2 tahun tu start operasi. pertama cari guest house untuk rombongan sebelah lelaki yang nak datang nanti. pusing sana sini, call sini sana jom bergembira mudah saja..booking satu banglo dan satu semi-D. yang lain2 reserve.
pastu cari set pelamin. part ni paling seksa. nak cari yang sebijik macam adik aku nak memang payah. dia google dalam internet, download gambar pastu nak suruh cari menda alah tu kat kelantan. singgah ayer lanas, bukit bunga, rantau panjang, pasir mas dan tanah merah. sampai orang tu kata, "adik awak ni taste tinggi ni. adik fasha sandha yang saya uruskan pun tak cam gini." hahahha. sorang tu pulak kata, "ni kalau kat kl baru ada nih..tu pun harganya mungkin dalam 20-30 ribu kot.." aduyai. last sekali, mungkin sebab dah nak jadi rezeki, dapat la satu kedai tu dengan harga bajet. ok la tuh. pastu cari set bilik tidur. syarat nak serba putih. satu hal lagi dah..
pastu cari kek pulak. ni pun satu hal jugak. kek fondant bunga meleleh warna light bulat dua tingkat dan halal. pusing sana sini jugak baru la dapat. masa tu dah dekat pukul 8 malam dah.
selesai semua, kami balik semula ke rumah. sampai jam 9 malam, mandi, packing barang2, terus bertolak semula ke kl dalam pukul 10.30 malam. tengah malam2 lalu hutan grik dengan anak2 yang masih kecil ditemani bulan mengambang dan sesekali lolongan anjing hutan, dengan badan yang keletihan. 12.30 sampai sungai perak. basuh muka sikit, sambung lagi perjalanan. pukul 3 pagi mata mula mengantuk. lelap setengah jam kat rnr ladang bikam. pastu jalan terus sampai kajang pukul 5 pagi.
tidur kejap, bangun mandi pergi ofis. minggu depan nak kena balik edar kad, jemput sedara mara, setelkan khemah, renovate rumah, wiring, jenis menu dll.
so, aku nak ceritakan yang kami adik beradik tengah berusaha mengungkapkan kasih sayang kepada adik kami yang bongsu tu. kasih yang betul-betul. bagi kami inilah amanah arwah ibu yang harus ditunaikan. ibu kami tidak pernah memahami hubungan vertikal mahupun horizontal, tetapi mengasihi kami seadanya. seperti ibu yang tidak pernah minta setiap kasih sayangnya dibalas, kami juga membantu adik kami sejujurnya. paling penting kami tidak menangis. atau sekurang-kurangnya - tidak hanya menangis.
dulu aku pernah berjanji dengan adik aku nak tulis pasal arwah ayah. ayah meninggal dalam usia relatif muda - 44 tahun. bagi aku satu-satunya pusaka arwah ayah ialah memberikan kami pengertian tentang makna kehilangan. kehilangan ayah menjadikan kami semua ayah-ayah yang sentiasa memikirkan antara satu sama lain. semua kami - setelah ketiadaan ayah - bekerja, berfikir dan bertindak seperti ketua sebuah keluarga. kami menjadi dewasa lebih cepat daripada usia kami. rata-rata kami faham sangat erti berdikari, semangat, perjuangan, pengorbanan dan makna kehilangan.
balik cerita kampung. banyak kerja2 yang belum selesai. aku doakan semoga kasih sayang kami adik-beradik tidak akan pernah pudar. atas nama kasih sayang, dan untuk generasi kami yang akan datang, kami tidak akan berhenti dan menangis kerana kami faham benar makna kehilangan.

2 comments:

Anonymous said...

Sedih gilerrr gua baca kisah mu mawi.....meleleh air mata aku pagi2 kat ofis....moga adik beradik hang semua ada semangat kuat dan baik2...tentu mak ayah hang bangga dengan korang semua sebab nak jaga adik bongsu hang , yang hang citer kat aku dia nie cengel.....moga dia faham lah korang smua sayang kat dia...respek lah korang.....

Anonymous said...

cayalah kat mawi. jadi abg yg bertanggungjawab.