
Penguasaan ilmunya meliputi tafsir, falsafah, kalam, irfan, hadis dan pelbagai disiplin yang tertuang dalam hampir 40 buah karya, termasuk magnum opusnya, al-Hikmah al-Muta'aliyah fi'l-Asfar al-'Aqliyya al-Arba'a. Kitab 9 jilid ini sarat dengan pelbagai gagasan falsafah yang mengahwinkan Peripatetik Ibnu Sina, Iluminasi Suhrawardi, tasawuf Ibnu Arabi dan pemikiran cemerlang beliau sendiri.
Henry Corbin menukilkan, “Sadra adalah orang yang berjaya menapak di puncak falsafah Islam.”
Tidak hanya seorang pemikir, beliau juga adalah peribadi yang bertaqwa, melangkah demi keredhaan Allah, zuhud, qanaah dan ahli ibadah.
Failasuf besar ini menunaikan haji dengan berjalan kaki sebanyak tujuh kali. Dalam perjalanan pulang dari hajinya yang terakhir tahun 1509H, di sekitar kota Basrah, Mulla Sadra meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment