Tuesday, November 16
Monday, October 11
Professor Mahmood Hesabi
"Professor Mahmood Hesabi was born in Tehran in 1903 (1281, A.H. Solar). His parents were from Tafresh. At the age of four his family moved to Syria and at the age of seven he moved to Beirut and while tolerating difficult situations and poverty he started his education at elementary school far from the home land in a French Priests" School. At the same time, his mother, Gohar Shad Hesabi, who was dedicated, religious and knowledgeable woman, started teaching him Persian Literature and religious education.
Hesabi memorized Quran and he had very strong belief in it. He also memorized Hafez"s Diwan and had completed proficiency in Saadi"s Bustan and Golestan, Ferdowsi"s Shahname, Molavi"s (Rumi"s) Masnavi and Ghaem Magham"s Monshaat.
The beginning of his guidance school coincided with the start of the World War I when the French schools of Beirut were closed. After two years of studying at home he prosecuted his studies at American University of Beirut and obtained his BA in Literature at the age of 17, and at the age of 19 he got his BA in Biology. Then he obtained a degree in engineering and earned money as a draftsman and a civil engineer. Hesabi also studied Medicine, Mathematics and Astrology.
In order to appreciate Hesabi, the civil engineering company that he was working there dispatched him to France for prosecution of studies. He was admitted to the "Ecole Superieure d"Electricite" in 1924 and graduated in 1925. Concurrent with studying mineralogy he was hired by the French Electric Railway Co. and after graduation in this field he started his work in Iron mines of north of France and Coal mines of the state of "Sar".
Since he had a scientific mind and spirit he continued his studies and research in Physics at Sorbonne University. He obtained his PhD in Physics with an excellent degree at the age of 25. The title of his dissertation was "Sensitivity of Photo Electric Cells".
At that time when 15 thousand people were volunteers to attend Einstein"s class he had the chance to be one of the 5 chosen ones. He had a meeting with Einstein at Princeton in American and one year later he presented a theory called "Infinitely Extended Particles". By the help and guide of Einstein and his own research in Chicago University he was able to defend his theory and explain it to other great scientists such as Born, Mezmi and Schrodinger and he was awarded the medal of the "Commandeur De La Legion D"honneure", France"s greatest scientific medal. When he returned to Princeton, Einstein elected him as a substitute of himself at this university and it was a very big honor that he received.
The following are some of his accomplishments in scientific fields:
Founding modern sciences, founding "Teachers" College" (Dar-ul Moallemin), construction of the first radio-set in Iran, founding higher college for teachers and teaching Physics and Mechanics there, construction of the first weather-station, installation and operation of the first radiology center (for his brother Dr. Mohammad Hesabi), establishing Persian Language Academy, Topography, founding Tehran-Shemshak Railway, founding Tehran University and acting as the dean and the instructor of the university, founding applied optic and lens-making center at Tehran University, establishing the first modern observatory in Iran, establishing nomad school in the country, establishing Geophysics Society of Iran, founding the atomic research Center and Atomic Reactor of Tehran University, founding modern center for satellite studies in Shiraz, founding Physics Society of Iran and etc.
While serving the country during this period he continued his scientific cooperation such as membership of Oslo Mathematics Congress in Norway, membership of Princeton scientific conference, membership of research team at Institute of Nuclear Research of Chicago, membership of New York Science Academy, membership of Geneva Atomic Conference, membership of Physics Society of Europe and America, etc.
He spoke five living languages Persian, French, English, German and Arabic and he also knew Sanskrit, Latin, Greek, Pahlavi, Avestan, Turkish and Italian which he used for his etymological studies.
He was chosen as the Man of Science in the World in 1989. On 3rd of September, 1992 (12th of Shahrivar 1371, A.H. Solar) at 7:30 am (still a university professor at Tehran University) he passed away in hospital of Geneva University after a period of illness."
By the way, "Professor Hesabi was the only Iranian student of Professor Albert Einstein and was known to be his favorite student. During his years of scientific research he met many distinguished scientists such as Erwin Schrodinger, Max Born, Enrico Fermi, Paul Dirac, and Aage Niels Bohr and scholars such as Bertrand Russell and Andre Gide."
Friday, July 30
Discourse on Mulla Sadra
Serie 2
Serie 3
Monday, May 31
Mulla Sadra
Penguasaan ilmunya meliputi tafsir, falsafah, kalam, irfan, hadis dan pelbagai disiplin yang tertuang dalam hampir 40 buah karya, termasuk magnum opusnya, al-Hikmah al-Muta'aliyah fi'l-Asfar al-'Aqliyya al-Arba'a. Kitab 9 jilid ini sarat dengan pelbagai gagasan falsafah yang mengahwinkan Peripatetik Ibnu Sina, Iluminasi Suhrawardi, tasawuf Ibnu Arabi dan pemikiran cemerlang beliau sendiri.
Henry Corbin menukilkan, “Sadra adalah orang yang berjaya menapak di puncak falsafah Islam.”
Tidak hanya seorang pemikir, beliau juga adalah peribadi yang bertaqwa, melangkah demi keredhaan Allah, zuhud, qanaah dan ahli ibadah.
Failasuf besar ini menunaikan haji dengan berjalan kaki sebanyak tujuh kali. Dalam perjalanan pulang dari hajinya yang terakhir tahun 1509H, di sekitar kota Basrah, Mulla Sadra meninggal dunia.
Monday, May 10
Kisah Pohon Epal
“Marilah bermain lagi bersamaku,” kata pohon epal.
“Maaflah. Aku bukan anak kecil lagi untuk bermain dengan pokok,” balas anak itu. “Aku perlukan mainan dan duit untuk membelinya.”
“Maafkan aku. Aku tidak punya wang. Jika kau mahu, petiklah buah epalku ini dan jual. Nanti kau akan dapat wang.”
Anak itu sungguh teruja. Dia memetik banyak buah epal dan berlalu dengan gembira. Setelah itu dia tidak pernah muncul lagi. Pohon epal merasa sedih.
Suatu hari anak kecil itu datang lagi. Tetapi dia sudah menjadi seorang lelaki dewasa.
Pokok epal sangat gembira dan berkata, “Marilah bermain bersamaku.”
Lelaki itu menjawab, “Oh, aku tidak punya masa lagi untuk bermain. Aku sudah punya keluarga. Keluargaku memerlukan rumah untuk berlindung. Bolehkah kau membantu?”
“Maafkan aku. Aku juga tidak punya rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku untuk membina rumahmu,” kata pokok epal.
Lelaki itu terus mengambil kapak, memotong dahan-dahannya dan berlalu dengan senang hati. Pokok epal juga gembira. Namun lelaki itu tidak pernah muncul lagi. Pokok epal kembali sunyi dan bersedih.
Suatu hari di musim panas, lelaki itu datang lagi dan pokok epal sangat gembira.
“Marilah bermain lagi denganku,” kata pokok epal dengan penuh harapan.
“Aku sudah semakin tua. Aku memerlukan perahu untuk belayar dan menenangkan fikiran. Bolehkah kamu memberikan aku sebuah perahu?” tanya lelaki itu.
“Ambillah batangku ini dan jadikan ia perahu. Belayar kamu dengan gembira,” kata pokok epal tanpa ragu-ragu.
Tanpa ragu-ragu juga lelaki tersebut memotong pokok epal dan menjadikannya perahu. Setelah itu dia belayar dan tidak pernah muncul-muncul lagi.
Suatu hari lelaki itu datang lagi. Pokok epal berkata, “Maafkan aku. Aku sudah tidak punya apapun untukmu. Aku tidak punya buah untuk dimakan.”
“Aku juga sudah tidak punya gigi untuk mengunyah.”
“Aku sudah tidak punya dahan untuk dipanjat.”
“Aku juga sudah tua untuk itu.”
“Aku benar-benar tidak punya apa. Apa yang aku ada hanyalah akar reput menanti maut,” kata pokok epal kesedihan.
“Aku juga tidak memerlukan apa-apa lagi. Setelah tahun-tahun itu berlalu aku sudah keletihan. Aku hanya memerlukan sebuah tempat untuk berehat.”
“Oh! Akar pokok tua adalah tempat paling sesuai untuk beristirehat. Marilah dan berbaringlah di sisiku.”
Lelaki tua itu duduk dan pokok epal sangat gembira. Dia menangis dan tersenyum.
Pesan Moral
Kisah ini adalah kisah kita semua. Pokok epal ibarat ibu bapa kita. Dari kecil kita bermain bersama mereka. Apabila kita besar kita meninggalkan mereka sambil sesekali menjenguk mereka apabila kita memerlukan sesuatu atau menghadapi masalah. No matter what, parents always be there and give everything they could. Just to make us happy. Mungkin kita fikir lelaki itu kejam terhadap pokok epal, tetapi begitulah kita ‘menghargai’ orang tua kita. Mereka sering kita abai dan sisih. Kita datang dan pergi tanpa pernah berterima kasih. Ya Allah! Ampunilah segala kesalahan kami terhadap kedua orang tua kami, bimbinglah kami untuk mengasihi mereka dan tempatkan mereka di sisi para kekasih-Mu, ya Allah. Selamat Hari Ibu!
(Diterjemah daripada: Dirahkt-e Sib va Pesar-e Bache)
Jangan Ubah Dunia
Sudah tentu cadangan itu memerlukan ribuan kulit lembu, dan menelan belanja yang tinggi. Tiba-tiba salah seorang pelayannya yang bijak memberanikan diri untuk berkata kepada raja, “Kenapa Tuanku perlu membelanjakan sebegitu banyak wang? Kenapa Tuanku tidak memotong selembar kulit untuk menutup kaki Tuanku sahaja?”
Monday, May 3
Kisah Hujung Minggu
Wednesday, April 21
Titik Jenuh
Monday, April 19
Kisah Awal Pagi 2: Hasan Jatuh
Untuk kisah benar ini, kami kongsikan artikel pendek berikut;
Menurut pandangan Islam, perbuatan buruk insan memiliki peranan yang penting dalam masalah dan musibah kehidupannya. Al Qur’an menjelaskan:
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan salah dan dosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.” (Surah Syura: ayat 30)
Ketika menjelaskan dan menafsirkan ayat ini Saidina Ali k.w.j berkata: "Hindarilah dosa kerana semua bala dan kekurangan rezeki adalahnya akibat dosa; termasuk gatal badan, jatuh dan mendapat musibah."
Jika manusia yakin bahawa segala perbuatan buruknya boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam kehidupannya di dunia, dan akan membebankannya setelah kematian, maka dia tidak akan sanggup melakukan perbuatan buruk.
Jika keyakinan ini semakin kuat, dia akan menjadi asas dalam pembentukan manusia yang saleh. Syeikh Rajab Ali Khayyati, tukang jahit ‘arif adalah salah seorang yang dikurniakan Basirah Ilahiyah dan pandangan Barzakhi untuk melihat hubungan perbuatan buruk dan kesulitan hidup. Dengan pandangan ini, dia sering menasihati masyakarat dan membuka simpul beban hidup serta musibah mereka. Sederhana tapi jelas, beliau membimbing mereka di jalan kesempurnaan insaniah.
Salah seorang murid beliau bercerita, “Suatu hari anakku yang berusia dua tahun buang air kecil di dalam rumah. Ibunya sangat marah lalu memukul anak kecil tersebut. Sejam setelah itu si ibu demam dengan kepanasan badan yang sangat tinggi. Kami bergegas ke doktor. Setelah pulang, badannya semakin panas dan kami kembali semula ke doktor tersebut. Suatu malam ingin aku menghantar guruku Syeikh Rajab Ali ke satu majlis. Isteriku juga berada dalam kereta tersebut. Aku memberitahu beliau bahawa badan isteriku masih panas dan kami telah membawanya ke doktor tetapi masih belum sembuh. Syeikh melihat sejenak dan berkata, “Tidak seharusnya memukul anak sampai begitu kuat. Istighfarlah. Hiburkan si anak dan belikan sesuatu untuknya. InsyaAllah, nanti sembuh sendiri.” Kami melakukannya dan dia sembuh!” (Petikan buku The Elixir of Love)
Tuesday, April 13
Kisah Pagi 1
Beberapa ketika, air mula mendidih. Sang ibu menuangkan air panas itu ke dalam tiga gelas. Setiap satu gelas berisi telur, lobak dan kopi. Seketika menunggu, si ibu mengangkat isi gelas-gelas tadi. Lobak yang keras menjadi lembut, telur yang mudah pecah menjadi keras dan kopi memancar aroma harum.
Si ibu lalu menjelaskan, “Puteriku, masalah itu bagaikan air mendidih. Namun bagaimana sikap kita itulah yang menentukan kesannya. Kita boleh lembut seperti lobak, keras seperti telur atau wangi seperti kopi.”
“Dalam setiap masalah sebenarnya tersimpan mutiara berharga. Memang mudah untuk bersyukur dalam keadaan biasa. Tapi apakah kita mampu untuk tetap yakin dan beriman ketika pertolongan Tuhan tidak kunjung tiba?”
“Hari ini kita belajar tiga reaksi orang ketika masalah datang. Ada yang lembik, mengeluh dan bermurung. Ada yang mengeras marah bahkan memprotes Tuhan. Ada juga yang sebaliknya semakin harum, taat dan tunduk menyerah penuh percaya kepadaNya.”
“Puteriku, ada kalanya Tuhan sengaja menunda pertolonganNya agar kita belajar untuk percaya bahawa tidak pernah ada masalah yang tidak Dia selesaikan.”
Monday, April 12
Kelahiran
Nama Ibu: Saleha
Nama Bayi: Haura'
Tarikh Lahir : Selasa, 9 Februari 2010 / 24 Safar 1431
Jantina : Perempuan
Tempat Lahir : Pusat Rawatan Islam
Waktu Lahir : 4.30 pagi
Berat : 3.3kg
"Wahai Yahya, ambillah al-Kitab itu dengan sungguh-sungguh. Dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak, dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian . Dan ia adalah seorang yang bertakwa, dan seorang yang berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi derhaka. Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan kembali." (Surah Maryam, ayat 12-15)
Akal dan Syahwat
"Ketahuilah bahawa manusia itu bersekutu dengan haiwan dalam perkara syahwat dan bersekutu dengan malaikat dalam akal. (1) Ada yang dicintai akal tetapi tidak disukai syahwat, (2) ada yang disukai syahwat tetapi tidak disukai akal. (3) Ada juga yang sama-sama disukai akal dan syahwat dan (4) ada juga yang tidak disukai akal dan tidak disukai syahwat."